11/10/2011

SEJARAH MODEN SABAH

RINGKASAN SEJARAH MODEN SABAH

1881 - Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) mula mentadbir Sabah.

1881 - Kudat diasaskan (menjadi ibu negeri sehingga tahun 1884)

1882 - Penempatan di Gaya dimulakan.

1883 - Imigran Cina (Hakka) buat pertama kalinya sampai ke Sabah - di Kudat.

1885 - Buat pertama kalinya, Sabah mengeksport balak ke Australia dan hasil tembakau pertama dipasarkan di Eropah.

1887 - Sekolah pertama (Sekolah Mubaligh Katolik) ditubuhkan di Sandakan.

1888 - Sekolah Mubaligh Protestant dibuka di Sandakan.

1888 - Sabah menjadi negeri lindungan British.

1894 - Pembinaan talian telegraf yang menghubungkan Labuan dan andakan dimulakan.

1894-1900 - Pemberontakan Mat Salleh.

1896 - Pembinaan Landasan Keretapi dimulakan.

1897 - Komunikasi telegraf antara Sandakan dan London dimulakan.

1898 - Bandar Beaufort dinamakan.

1898 - Tawau diasaskan.

1899 - Jesselton (KK) diasaskan.

31/1/1900 - Mat Salleh mati.

1901 - Kota Belud diasaskan.

1912 - Majlis Perundangan dibentuk dengan 7 ahli rasmi dan 5 ahli tidak rasmi.

1915 - Penentangan Rundum. Diketuai oleh Antanum.

1921 - Sekolah Vernakular Kerajaan pertama dibuka di Kota Belud dan Papar.

1935 - Majlis Penasihat Ketua-Ketua Tempatan ditubuhkan (Ketua Anak Negeri).

0 comments:

Post a Comment