11/10/2011

SEJARAH AWAL SABAH

RINGKASAN SEJARAH AWAL SABAH

1521 - Angkatan kapal Ferdinand Magellan melawat Brunei.

1763 - Sultan Sulu, Sultan Amir menyerahkan hak miliknya di Borneo kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) . Syarikat ini mengibarkan bendera di Balambangan.

1773 - SHTI membuka penempatan di Balambangan.

1775 - Penempatan di Balambangan diserang oleh orang Sulu dan kemudian ditinggalkan.

1803 - Penempatan di Balambangan dibuka semula tetapi kemudiannya ditutup pada tahun 1804.

1845 - Angkatan Tentera Laut membuat menyerang Sherip Osman di Marudu.

1846 - Kapten Mundy mengarahkan bendera British dikibarkan di Labuan. Sultan Brunei menyerahkan pulau itu secara kekal (perpetuity) kepada Great Britain.

1865 - Sultan Brunei menyerahkan Pantai Barat Sabah kepada American Trading Company (ATC). ATC mengasaskan petempatan di Kimanis.

1875 - Konsesi yang diberikan kepada ATC diambil oleh Baron Overback (Ketua Konsul di Hong Kong ,berbangsa Austria).

1877 - Baron Overback diberi sokongan oleh Alfred Dent, Businessman British.

1877 - Sultan Brunei dan Pangeran Temenggung menyerahkan hak miliknya di Sabah kepada Baron Overback dan Alfred Dent.

1878 - Sultan Sulu menyerahkan Pantai Timur Sabah kepada Baron Overback dan Alfred Dent.

1878 - W.B.Pryer dilantik mentadbir Sandakan, W.Pretyman mentadbir Tempasuk dan W.L.Leicester mentadbir Papar pada bulan Februari.

1879 - Sandakan atau Elopura ditubuhkan.

0 comments:

Post a Comment